sponsor ad

Powered by Blogger.

Sunday, February 22, 2015

Tagged under: , , ,

Ikan Bandaraya - Kelebihan dan Kekurangannya

ikan bandaraya - semasa kecil ok. Bila besar tidak menarik


Ikan Bandaraya


Ikan Bandaraya... ataupun sering dikenali sebagai Plecostomus, ataupun dengan singkatan plecos atau plecs. Ikan ini adalah ikan yang wajib ada di dalam aquarium tak kira apa jenis ikan yang dipelihara. Ini berkait rapat dengan tabiat ikan ini.

Kepopularannya sehingga menjadi pilihan penggemar ikan peliharaan bukanlah bermakna ia menjadi watak utama di dalam aquarium. Warna ikan ini yang gelap, tidak begitu cantik, saiznya yang cepat besar tidak praktikal untuk diletak dan dihias dalam aquarium.

Tabiat Ikan Bandaraya


Ikan ini suka memakan alga dan sisa makanan yang ditinggalkan di dalam aquarium termasuk bangkai ikan yang mati. Alga yang melekat pada cermin yang menyebabkan cermin menjadi kotor dan kurang jernih akan dibersihkan oleh ikan bandaraya. Tugas ikan ini memang mengurangkan tugas kita dalam membersihkan aquarium.

tabiat ikan bendaraya yang unik menolong meringankan beban membersihkan aquarium


Tabiat ikan ini yang unik ini menyebabkan dia mendapat nama Ikan Bandaraya oleh orang Malaysia. Manakala di Indonesia ia mendapat jolokan nama Ikan Sapu-Sapu.

Saiz


Apabila baru dibeli dari kedai panjangnya biasanya lebih kurang 8 cm (3.1 in). Untuk saiz tersebut, ia boleh dibeli dengan harga RM2.00 seekor. Ikan ini boleh membesar sehingga menjangkau panjang 60 cm (24 in).

Sifat


Ikan ini bersifat pemalu dan tidak agresif secara umumnya. Namun jika ia dipelihara bersama-sama ikan yang bersifat agresif seperti chiclids, Oscar dan lain-lain lagi, ia mungkin boleh menjadi agresif. Ataupun bila ia sudah semakin matang dan bersaiz besar sifat ikan ini mungkin akan menjadi lebih agresif.

Ikan ini bila menjadi agresif dan apabila kekurangan sumber makananya, kadangkala akan menyerang ikan-ikan lain. Ia akan menyedut lapisan lendiran yang terdapat pada badan ikan yang diserangnya. Lapisan lendir yang terdapat pada ikan berguna untuk melindungi badan ikan daripada dihinggapi penyakit.

Serangan ikan ini terhadap ikan-ikan yang lain dengan menyedut lapisan lendir dikhuatiri akan membahayakan ikan yang diserang dari segi kurangnya ketahanan ikan tersebut terhadap penyakit kerana ketiadaan lapisan lendiri yang amat penting itu.

Konklusi


Ikan ini semasa kecil masih boleh dibela dengan senang hati kerana tabiat makannya yang membantu membersihkan aquarium. Namun apabila semakin menginjak usia matang, saiznya akan cepat membesar dan sifatnya akan menjadi lebih agresif. Ini akan memberi kesan kepada ikan lain. Tambah-tambah lagi jika aquarium yang bersaiz agak kecil.

Bentuk dan warnanya yang tidak menarik juga memberi pandangan yang kurang menarik terhadap aquarium kita.

Masalah yang aku sedang hadapi sekrang dengan ikan ini ialah oleh kerana saiznya yang agak besar najisnya juga menjadi besar dan panjang. Najis yang panjang ini juga mungkin disebabkan makanan yang aku beri. Sekarang masih di dalam pemerhatian. Jika betul ianya disebabkan oleh jenis makanan yang aku beri, aku yang tukar kepada makanan jenis lain pula selepas ini.

Disebabkan najis yang panjang ini, aquarium cepat menjadi kotor. Jadi di sebalik tugasnya yang sepatutya menjadi pembantu kepada kita untuk membersihkan aquarium kini menjadi penyumbang utama kekotoran dalam aquarium.

Tindakan


Aku merancang untuk mnggantikan ikan ini dengan spesis yang sama tetapi mempunyai saiz yang kecil. Cuma persoalan sekarang adalah kemana aku ingin buang ikan bandaran yang sedia ada ini?

Tuesday, February 17, 2015

Tagged under: ,

jangan campurkan spesis cichlids dengan spesis tiger barbs

cichlids dan tiger barb boleh hidop bersama jika aquarium sebagai habitat mereka cukup luasnya


sebelum anda membela ikan spesis cichlids ini, satu perkara anda perlu tahu iaitu cichlids amat sukar untuk hidup dengan spesis yang lain. sifatnya yang agresif dan suka menyerang ssama sendiri dan juga spesis lain akan menyukarkan usaha anda untuk mencampur adukkan banyak spesis ikan di dalam satu aquarium.

memang tidak dapat dinafikan bahawa jika kita mencampurkan beberapa spesis ikan yang kita suka, ia akan menjadi satu kepuasan untuk kita apabila melihat pelbagai spesis ikan kegemaran kita berenang-renang di dalam satu aquarium. mencampurkan cichlids yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna dengan spesis tiger barbs yang juga berwarna warni memang cantik. tetapi itu semua hanyalah impian kita. hakikatnya agak sukar untuk berbuat demikian.

salah satu warna tiger barb yang menjadi kesukaan peminat spesis ini


kami pernah mencampurkan spesis cichlids dan tiger barb. tiger barb ini juga adalah sepsis pemangsa. bermakna sifatnya juga ganas dan suka menyerang. namun apabila dicampurkan di dalam kawanan cichlids, tiger barb tidak dapat bertahan. walaupun jumlahnya menyamai jumlah spesis cichlids.

paling lama 8 ekor tiger barb kami dapat bertahan adalah selama 2 minggu sebelum tiger barb terkahir juga mati. kematian tiger barb ini disebabkan mereka diserang dan dikacau oleh cichlids. apabila mendapati tiger barbs semakin lemah, semakin banyak dan galak cichlids ini akan menyerang. akhirnya tiger barbs mati. bangkai mereka mereka akan dimakan oleh cichlids jika tidak dibuang segera. pernah suatu ketika bangkai tiger barbs kami hanya tinggal separuh akibat dimakan oleh cichlids ini.

satu lagi tiger barb yang cantik


konklusinya jangan campurkan spesis cichlids dengan spesis tiger barbs. impian kita untuk melihat mereka berkawan baik dan berkasi cantik dengan pelbagai warna dan bentuk kebanyakannya tidak kesampaian. 

jadi, fikirlah sebelum mencampurkan ikan peliharaan kita. saya tegaskan sekali lagi bahawa cichlids adalah ikan pemangsa yang sifatnya agak ganas dan suka menyerang pihak lawan.

Namun keadaan mungkin berbeza jika anda mempunyai satu aquarium yang besar yang mempunyai tempat-tempat be
rlindung di dalamnya. aquarium yang besar mempunyai ruang yang luas untuk satu pihak yang diserang melarikan diri dan bersembunyi jika diserang. cichlids juga tidak mampu untuk menuntut kawasan mereka sendiri jika aquarium tersebut luas.
Tagged under: , ,

cichlids tasik malawi



cichlids banyak terdapat di tasik malawi. dalam video ini anda akan lihat bermacam-macam jenis cichlids yang menghuni tasik ini. dan banyak daripada mereka ini dibawa ke negara kita.

dalam aquarium aku terdapat beberapa species cichlids yang terdapat dalam video ini.

antara spesis cichlids yang terdapat di tasik malawi

Tagged under: ,

cichlids adalah penguasa kawasan

sifat cichlid agak ganas. mereka akan bergaduh dalam banyak keadaan seperti apabila berebut kawasan, berebut makanan dan beberapa keadaan yang lain.

cichlid adalah penguasa kawasan. ia akan berjuang untuk melindungi kawasan yang ingin ditaklukinya. contohnya jika di dalam aquarium anda ada gua ataupun tempat yang boleh dijadikan tempat berlindung, cichlid akan berebut untuk menjadi penguasa di tempat tersebut.

dalam aquarium aku, electric blue cichlid adalah ikan yang paling berkuasa. ia telah menuntut dan berjaya melindungi hampir kesemua kawasan perlindungan di dasar aquarium. yang menjadi sedikit pelik, cichlid yang bersaiz lebih besar daripadanya pun tunduk dan tidak melawan.

gua yang telah ditakluki dan menjadi kesukaan electric blue


semangat juang cichlid ini agak tinggi. walaupun berkali-kali aku ubah posisi gua dan batu karang dalam aquarium sewaktu menukar air, ia tetap berkuasa. tujuan aku mengubah keadaan dalam aquarium adalah kerana aku ingin menjadikan susasana aquarium tersebut sesuatu yang baru.

harapan aku supaya cichlids ini merasakan bahawa mereka berada di tempat baru. ini akan mendorong mereka mencari dan menuntut kawasan masing-masing. tetapi sehingga kini aku masih tidak berjaya. electric blue masih juga berkuasa.
Tagged under: ,

mengapa aku pilih cichlids

jawapan kepada soalan itu ialah: aku pun tak tau.

electric yellow cichlids
electric yellow cichlids


ia secara kebetulan. pada suatu hari aku dan keluarga singgah di satu kedai menjual ikan-ikan peliharaan. saja tengok-tengok. memang aku ada niat dalam hati untuk mempunyai aquarium sendiri di rumah. namun bukan dalam masa terdekat. banyak lagi benda yang aku perlu selesaikan sebelum aku serius memelihara ikan di rumah.

tapi pada hari itu entah macamana, isteriku mengambil lagkah untuk membeli aquarium. aku sedikit terkejut. namun katanya untuk mengambil hati anak-anak. aku turutkan saja.

bermula dari saat itulah kami mempunyai sebuah aquarium di rumah. sebuah aquarium yang telah siap dipasang di kedai lagi. siap dengan pasir, pump dan segala hiasan yang lain. harganya hampir rm300.

kenapa memilih ikan cichlids. aku memang tidak menyukai ikan emas. sebabnya warna dan bentuknya adalah sama. tidak banyak variasi. aku juga tidak suka pergerakan ikan emas yang sangat perlahan. nampak seolah-olah ikan ini pemalas.

bila aku terpandang akan ikan cichlids ini, aku terus tertarik dengan variasi warna dan bentuk ikan itu sendiri. pergerakannya juga aktif dan ia adalah ikan yang agak ganas. asalnya daripada berlainan negara termasuk amerika selatan dan lain-lain negara. sebab itulah bentuknya berlainan.

bentuk, warna dan pergerakan aktif ini menjadikannya menarik bila diletakkan bersama-sama di dalam sebuah aquarium.

apabila dah terjebak memelihara cichlids ini, ianya menjadi lebih menarik apabila sifatnya juga unik dan sentiasa berubah dari hari ke hari.

itulah sebab aku memilih untuk memelihara ikan cichlids sehingga keluarnya blog ini.