sponsor ad

Powered by Blogger.

Sunday, February 22, 2015

Tagged under: , , ,

Ikan Bandaraya - Kelebihan dan Kekurangannya

ikan bandaraya - semasa kecil ok. Bila besar tidak menarik


Ikan Bandaraya


Ikan Bandaraya... ataupun sering dikenali sebagai Plecostomus, ataupun dengan singkatan plecos atau plecs. Ikan ini adalah ikan yang wajib ada di dalam aquarium tak kira apa jenis ikan yang dipelihara. Ini berkait rapat dengan tabiat ikan ini.

Kepopularannya sehingga menjadi pilihan penggemar ikan peliharaan bukanlah bermakna ia menjadi watak utama di dalam aquarium. Warna ikan ini yang gelap, tidak begitu cantik, saiznya yang cepat besar tidak praktikal untuk diletak dan dihias dalam aquarium.

Tabiat Ikan Bandaraya


Ikan ini suka memakan alga dan sisa makanan yang ditinggalkan di dalam aquarium termasuk bangkai ikan yang mati. Alga yang melekat pada cermin yang menyebabkan cermin menjadi kotor dan kurang jernih akan dibersihkan oleh ikan bandaraya. Tugas ikan ini memang mengurangkan tugas kita dalam membersihkan aquarium.

tabiat ikan bendaraya yang unik menolong meringankan beban membersihkan aquarium


Tabiat ikan ini yang unik ini menyebabkan dia mendapat nama Ikan Bandaraya oleh orang Malaysia. Manakala di Indonesia ia mendapat jolokan nama Ikan Sapu-Sapu.

Saiz


Apabila baru dibeli dari kedai panjangnya biasanya lebih kurang 8 cm (3.1 in). Untuk saiz tersebut, ia boleh dibeli dengan harga RM2.00 seekor. Ikan ini boleh membesar sehingga menjangkau panjang 60 cm (24 in).

Sifat


Ikan ini bersifat pemalu dan tidak agresif secara umumnya. Namun jika ia dipelihara bersama-sama ikan yang bersifat agresif seperti chiclids, Oscar dan lain-lain lagi, ia mungkin boleh menjadi agresif. Ataupun bila ia sudah semakin matang dan bersaiz besar sifat ikan ini mungkin akan menjadi lebih agresif.

Ikan ini bila menjadi agresif dan apabila kekurangan sumber makananya, kadangkala akan menyerang ikan-ikan lain. Ia akan menyedut lapisan lendiran yang terdapat pada badan ikan yang diserangnya. Lapisan lendir yang terdapat pada ikan berguna untuk melindungi badan ikan daripada dihinggapi penyakit.

Serangan ikan ini terhadap ikan-ikan yang lain dengan menyedut lapisan lendir dikhuatiri akan membahayakan ikan yang diserang dari segi kurangnya ketahanan ikan tersebut terhadap penyakit kerana ketiadaan lapisan lendiri yang amat penting itu.

Konklusi


Ikan ini semasa kecil masih boleh dibela dengan senang hati kerana tabiat makannya yang membantu membersihkan aquarium. Namun apabila semakin menginjak usia matang, saiznya akan cepat membesar dan sifatnya akan menjadi lebih agresif. Ini akan memberi kesan kepada ikan lain. Tambah-tambah lagi jika aquarium yang bersaiz agak kecil.

Bentuk dan warnanya yang tidak menarik juga memberi pandangan yang kurang menarik terhadap aquarium kita.

Masalah yang aku sedang hadapi sekrang dengan ikan ini ialah oleh kerana saiznya yang agak besar najisnya juga menjadi besar dan panjang. Najis yang panjang ini juga mungkin disebabkan makanan yang aku beri. Sekarang masih di dalam pemerhatian. Jika betul ianya disebabkan oleh jenis makanan yang aku beri, aku yang tukar kepada makanan jenis lain pula selepas ini.

Disebabkan najis yang panjang ini, aquarium cepat menjadi kotor. Jadi di sebalik tugasnya yang sepatutya menjadi pembantu kepada kita untuk membersihkan aquarium kini menjadi penyumbang utama kekotoran dalam aquarium.

Tindakan


Aku merancang untuk mnggantikan ikan ini dengan spesis yang sama tetapi mempunyai saiz yang kecil. Cuma persoalan sekarang adalah kemana aku ingin buang ikan bandaran yang sedia ada ini?

13 comments:

  1. kena bunuh jangan dibuang kat lombong atau sungai..dah rosak dah ekosisitem kita dgn ikan ni..ini bukan ikan tempatan..susah mentaliti rakyat malaysia ni sikit2 buang lombong..sikit2 buang sungai..abis la ikan tempatan nanti ..ikan di diharamkan lepas kat sungai atau lombong dan longkang

    ReplyDelete
  2. Ikan bandaraya mati baru bela 2 hari. Kenapa dan apa puncanya?

    ReplyDelete
  3. maybe sebab air atau kena buli ngan ikan lain

    ReplyDelete
  4. Yg reply buang kat lombong tu memang orang tak sekolah. Mentality low class.

    ReplyDelete
  5. Tapi macam takut nak bela takut ikan aku yang lain disedutnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bela jenis ikan yang macam ranchu atau oranda, memang dia sedut part kepala tu and end up ikan lain boleh mati.

      Delete
  6. ikan ni mkn smua ikan ii sya mmg sya geram gila dgn ikan ni hbis ikan emas sya yg comei ii mati sbb dia serang

    ReplyDelete
  7. Play Slots Online (FREE) - Gypsy Casino
    The slots games offered by k9win Gypsy Casino are designed to entertain and entertain people. Play for free 사이트추천 the 강원랜드후기 fun at Gypsy Casino 승인전화없는 토토사이트 - our 넥스트 벳 new online slot

    ReplyDelete